BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 27, 2009

United kalah kepada Liverpool



Setelah kekalahan di pusingan pertama dengan 1-2, kini United tewas lagi kepada Liverpool dengan jaringan yang lebih besar 4-1 di tempat sendiri.

Hasil perlawanan tadi, United kini semakin dihampiri oleh Liverpool dengan 4 mata. Liverpool kini mengumpul 61 mata berbanding United 65 mata yang masih kurang satu perlawanan.

Dalam perlawanan tadi United terlebih dahulu menghasilkan gol melalui penalti Ronaldo pada minit-23, penalti ini kerana Park dijatuhkan oleh Jose Reina di dalam kotak penalti. Namun selang enam minit selepas itu Liverpool menyamakan kedudukan melalui Fernando Torres.

United mendapat peluang untuk menambah gol pada minit-32, namun tendangan bebas Ronaldo tidak menemui sasaran.

Selang 2 minit sebelum waktu rehat Liverpool pula dihadiahkan penaltisetelah Patrice Evra melanggar Steven Gerrard di dalam kotak penalti, Gerrard tidak mensia-siakan peluang untuk Liverpool mendahului 2-1.

Selepas masuk separuh masa kedua United meningkatkan serangan, akan tetapi pertahanan Liverpool tidak dapat ditembusi. kemasukan Ryan Giggs, Paul Scholes dan Dimitar Berbatov juga tidak memberi banyak kesan kepada United.

Pada minit ke-76 Nemanja Vidic dilayangkan kad merah, seterusnya memberi peluang kepada Liverpool untuk menambah jaringan melalui sepakan percuma yang tidak disia-siakan oleh Fabio Aurelio.

Liverpool semakin banyak menyerang hasilnya pada masa kecederaan mereka berjaya menambah satu lagi gol melalui Andrea Dossena yang menyambut baik bola hantaran Reina dan membuat lob untuk menewaskan Edwin Van der Sar.

Keputusan penuh United tewas 1-4 di tempat sendiri. Glory-Glory Man United... jangan sia-saikan peluang untuk menjuarai EPL sekali lagi tahun ini.


0 comments: